::Pages::

05 March 2011

Tanganku kaku??

Kenapa tiba-tiba sahaja tangan saya menjadi kaku tiap kali hendak memulakan sesuatu coretan di atas kertas mahupun di blog ASPIRASI IMANI.Padahal sebelum ini bertimbun-timbun idea yang saya ingin curahkan.Entah kenapa saya merasakan Allah seperti menghijab diriku mungkin kerana dosa-dosa yang saya sedari mahupun tidak.

"Allah ingin mengujiku.."
Saya tidak menolak kemungkinan ini kerana saya yakin sebenarnya ia adalah satu kepastian.
Ya,Idea yang mencurah-curah datang daripadaNya,mana mungkin Allah akan memberikan idea-idea yang bernas jika saya sendiri tidak pernah menuruti hakNya.

Saya teringat akan satu kata-kata,
"Seorang Daie tidak dapat berkata-kata bukan kerana kurangnya ilmu,akan tetapi kerana kurangnya hubungan dengan Allah"

Nah,muhasabah kembali diri anda,adakah anda lalai?
Sudah berapa banyak tompok-tompok hitam yang telah menyelaputi hati anda?
jika Hati anda sebegini??


Hati saya sakitt...


Ibn Qayyim Al-Jauziyah telah menulis :
"Salah satu kesan maksiat dan kederhakaan seseorang terhadap Allah SWT adalah dirinya sentiasa berada dalam keadaan dirantai oleh syaitan dan tahanan atau banduan dalam penjara syahwat dan hawanya.."

Daripada gelapnya hati inilah yang menjadikan kakunya tangan untuk menulis.
Siapalah Nabi Adam AS jika tidak diberikan ilmu oleh Allah.Bukankah dengan ilmu Allah telah mengangkat Adam menjadi manusia yang mulia disisiNya dan dihormati para malaikat?

Seorang pencinta ilmu haruslah sentiasa tunduk mengenali diri serta mendongak melihat kebesaran dan keagungan Ilahi.

Jangan jadikan penulisan kita sebagai satu ghayah(matlamat) sebaliknya sebagai satu wasilah(alat) untuk mendekatkan diri kepada Allah.Seiring dengan itu,insyaAllah,penulisan juga akan menjadi semakin mantap..Yakinlah..

1 comment: