::Pages::

07 July 2011

Bahaya Diri tanpa Pergantungan Pada Nya

Jika anda diberi satu situasi berhadapan dengan seorang kenalan baru yang dahulunya agak sosial dan di dalam kehidupannya langsung tidak mempraktikkan kehidupan seorang muslim yang sebenarnya . Gaya kehidupannya yang bebas yang membuatkan anda sendiri tidak selesa untuk berdamping dengannya . Lantas , di salah satu institusi pendidikan yang sama ,kenalan pertamanya  adalah ANDA . [ Seorang yang bertudung labuh yang terdidik dengan tarbiyah Islami ] .

Mungkin ketika itu ANDA merasa tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi DIA .

Akan tetapi , dia keseorangan dan tidak mempunyai mana-mana kawan yang baru lagi selain ANDA .  Dan, DIA terlalu mengharapkan ANDA untuk membantunya dalam menempuhi hari-hari baru .

Saat itu ,  anda mendapati potensi yang ada pada diri DIA dan ANDA mula memikirkan strategi untuk mengajaknya kepada kepada ma'ruf , maka semestinya anda merasakan itu adalah tanggungjawab buat ANDA sebagai seorang Dai'e .

ANDA seolah-olah terlalu yakin diri bahawa anda mampu menghadapi DIA menurut usaha ANDA sendiri .
ANDA fikir anda mampu mengubahnya ke arah kebaikan .
ANDA fikir dengan mudahnya DIA akan tertarik kepada keperibadian 'MULIA' ANDA .

Itu strategi ANDA kononnya untuk menarik perhatian seorang MAD'U .


ANDA SALAH SEBENARNYA !

Keperibadian Mulia ANDA walaupun HANYA dipandang sebelah mata oleh si MAD'U , ALLAH tidak akan langsung memandang kerja-kerja kamu itu WALAU HANYA dengan sebelah mata !

ANDA sudah berlaku RIAK samada secara sedar atau tidak . ANDA mahu merawat HATI  si MAD'U akan tetapi HATI ANDA sendiri tidak terawat . HATI ANDA MASIH PUNYA KARAT-KARAT .


Segala kerja ANDA bagaikan DEBU-DEBU BERTEBANGAN .
Sia-sia .

Jika dibandingkan.. ANDA lebih Hipokrit daripada Mad'u ANDA yang benar-benar inginkan pertolongan ANDA..

Bukankah itu satu perumpamaan yang menghinakan ??

*Renungan bersama :
                                   Kerja-kerja yang murni apabila dirosakkan dengan sebutir RIAK di dalam 
                                   HATI ... Nescaya rosaklah segala amalan kamu .....  

 Hidayah itu MilikNya .. Mohonlah PERGANTUNGAN dariNya ..

1 comment: