::Pages::

12 December 2011

Try To Not Cry

.....................................................................................................................................................

Duhai Tuhan .
Melalui saat yang sukar ,Adakah sengaja Kau jadikan ia sesuatu yang menyakitkan? agar Aku mengerti apa yang Kau ingin sampaikan kepadaku .
Titis airmata ini ,Kau jadikannya sebagai saksi bahawa aku pernah JATUH .
Tika ini aku sangat bingung
Terasa sangat lemah dalam perjalanan hijrahku ini,Kerana Hijrah ini menujuMU .
Hijrah Hasanah .

Kau Maha Segalanya , Maha Sempurna
Kau jadikan hamba cukup segala sifat, tiada cela
Namun Duhai Allah ,
Hamba ego ..
YA ALLAH!
.......................................................................
Ampunkanlah daripadaku dosa-dosa yang lalu,
dan Lindungilah diriku dari maksiat terhadap baki umurku yang masih ada,
Sesungguhnya semua kebaikan itu hanyalah milik Engkau,
Dan Engkau Maha Lembut dan Penyayang terhadap kami!

-Terjemahan Doa Taubat Imam Al-Ghazali, Minhajul Abidin-






MAKSIAT DAN DOSA MELEMAHKAN PERJALANAN HATI MENUJU CINTA ITU

Sesiapa sahaja pasti pernah berbuat dosa. Baik anda, baik diri saya sendiri. Tetapi, bagaimana hati kita ketika dalam keadaan begitu?
Selesakah kita? Takutkah atau bagaimana perasaan ketika itu?
Perjalanan menuju cinta Allah ini sebenarnya banyak halangannya. Antara halangan terbesar adalah dosa kita sendiri.
Kalaulah diibaratkan sebuah kereta yang sedang bergerak, tayar pecah hanya kerana paku-paku kecil, adakah mampu lagi ia meneruskan perjalanan? Tidak, kecuali setelah dibaiki.
Begitulah dosa dalam kehidupan kita. Sekecil manapun dosa itu, ia tetap menjadi penghalang kita untuk merebut cinta Allah. Ia akan melemahkan jiwa kita, menyebabkan kita lesu dalam usaha menggapai cinta agung itu.
Kita perlu bersyukur apabila Allah sudi untuk anugerahkan cinta-Nya kepada kita. Kenapa?
Anda bayangkanlah, Sultan tidak pernah mengenali anda. Siapalah anda di mata Sultan.Anda hanya orang kampung, yang bekerja pun biasa-biasa saja. Tidaklah bergaji mahal, tidaklah berkedudukan tinggi. Tetapi, suatu hari, Sultan memanggil anda dan memberi anugerah sebagai tanda sayangnya kepada anda. Daripada ramai rakyatnya, cuma anda seorang sahaja yang terpilih, apa perasaan anda ketika itu?
Itu cuma seorang Sultan. Allah yang lebih besar daripada Sultan itu, Pemilik segala-galanya, ingin mengnugerahkan cinta kepada kita yang hina ini. Rasa-rasa, layakkah kita? Tetapi, Allah tetap juga ingin anugerahkan cinta-Nya kepada kita.
Allah ingin beri, kenapa kita tidak berusaha untuk mengambilnya?
Kalaulah seorang Sultan tadi ingin berikan anugerah kepada kita, tiba-tiba beberapa hari sebelum mendapat anugerah itu, kita telah membuat sesuatu yang menyebabkan Sultan itu murka, Agak-agaknya masih ada lagikah anugerah untuk kita?
Lalu, mengapa tidak dengan Allah? Bukankah sepatutnya bila Allah ingin anugerahkan sesuatu yang besar kepada kita yang hina ini, kita menyambutnya dengan baik?
Maka, bagaimanakah kamu menyambut cinta Allah itu?

PELUANG ITU..
Taubat .
Sehingga hari ini .
Nadi kita masih belum berhenti duhai diri .
Jadi,manfaatkanlah ..
Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna :“Sekiranya anda ingin memperbaharui hubungan dengan Allah, mulailah dengan BERTAUBAT“


Seorang ulama’, Abdullah bin Mubarak pernah berpesan:
“Aku perhatikan dosa itu mematikan hati dan mempertahankannya adalah kehinaan, meninggalkan dosa adalah kehidupan bagi hati, menundukkannya sangat baik bagi jasmani, dan yang merosak agama adalah para penguasa dan ulama’ serta pakar yang jahat.”

Orang yang selesa dengan dosa, maka dia perlu segera memeriksa dirinya adakah dia sedang BERCINTA dengan DOSA, atau BERCINTA dengan ALLAH?
Bukan jalannya untuk menggapai syurga, kalau masih ada rasa sayang untuk tinggalkan dosa !

No comments:

Post a Comment