::Pages::

23 July 2012

Mumkin Illa Bisyar'in

Bismillahirrahmanirahim.
Alhamdulillah, selawat dan salam dipanjatkan atas junjugan S.A.W, ahli keluarga baginda serta para sahabat. Syukur yang tidak terhingga ku hadratkan kepada Allah S.W.T kerana telah mempertemukan aku sekali lagi dengan Ramadhan. Allahumma baariklana fi Ramadhan. Hari ini adalah hari ketiga umat islam melengkapkan ibadah puasa mereka. Bila bicara soal Ramadhan, setiap orang pasti mahu mengisi perkara yang baik-baik sahaja dalam bulan ini. Sanggup menahan diri dari makan minum hanya kerana itu perintah Allah. MasyaAllah.. Perintah Allah itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri yang kadang-kadang manusia sendiri tak mampu untuk memikirkannya. Nikmat terlalu besar. Sebesar yang bagaimana? Hanya  yang menuruti perintahNya sahaja berhak merasainya.

Pagi-pagi hari saya coretkan blog saya dengan sesuatu, dengan harapan saya dapat meluaskan lagi pemikiran saya bukan hanya tersimpan di dalam kepala sahaja. Kalau terus-menerus disimpan kekadang menjadi beban sahaja di dalam. So, I chose to spread it out. Semoga bermanfaat untuk semua dan diri saya juga.

Saya merenung sejenak kepada sebuah kehidupan. Saya lihat kebahagian, dan disebalik kebahagian tersorok sebutir kesengsaraan. Namun, tiada pula terpancar keseksaan di situ. Kenapakah? Dan di dalam kesengsaraan langsung tak tergambar kebahagiaan di situ walaupun sebenarnya ia wujud. Itu kehidupan. Sesuatu yang tak dapat kita ungkap pada zahirnya.

Everybody want happiness and need happiness

Semua yang kita mahukan, tak semestinya kita akan dapat. Akan tetapi, sesuatu yang kita perlukan pasti kita akan dapat. Itu logiknya. Contoh, anda mahukan kehidupan bersama si dia yang anda cintai supaya anda bahagia. Anda merencana segala-galanya yang anda mahukan, mengikut segala citarasa yang anda inginkan. Sehingga keyakinan anda untuk bersama dengan si dia seolah tiada penghalang yang dapat memisahkan tembok kehidupan anda. Mati disitu, jika Yang Maha Pemberi Cinta diasingkan dari kehidupan cinta anda. Namun, sebaliknya jika Maha Pemberi Cinta  anda jadikan sebagai pegangan cinta anda..dari sudut mana anda mahu menafikan kekuatan cinta anda?
Saya sendiri tidak dapat memikirkannya secara waras.

Bicara Cinta



Wah, serius saya katakan ini entry saya yang julung kali berbicara soal cinta secara terbuka. Harap tak melebih lagi. Sebelum ini, saya sangat berhati-hati untuk melontarkan pandangan sebegini di alam maya. Bimbang. Saya masih budak. [hehe]
Saya teringat hadith ini :


Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia (riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah)
Bunyinya seperti cinta paksaan.
Tidak sempurna iman jika tidak mengasihi baginda melebihi segalanya.
Tetapi perhatikanlah dialog di bawah, tatkala Baginda Sallallahu ‘alayhi wa sallam menziarahi perkuburan al-Baqi’:

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan) – [Riwayat Muslim]
Tidakkah gila jika seorang lelaki rindukan seorang calon isteri, sedangkan calonnya belum ada!!?
Namun Baginda telah merindui kita sebelum kita ada.
Baginda melihat perkuburan, menginsafi bahawa dirinya tidak kekal dan akan kembali kepada Dia. Pastinya baginda tiada peluang untuk bertemu dengan saudara-saudaranya.
Siapakah saudara-saudaranya itu? Tidak lain dan tidak bukan, KITALAH WAHAI SAUDARA DAN SAUDARI…


Setiap orang pasti ada yang dicintainya. Kekadang sampai mengharap segala bagai. Kekanglah nafsu itu buat  masa ini bagi yang masih muda dan tak mampu untuk menikah lagi. Cintailah Rasulullah dulu melebihi segala-segalanya dulu.
*Lau Kana Rasulullah Bainana, saya malu nak bagitahu Rasulullah, "Ya Rasulullah, Saya ada seseorang yang saya cintai.."

p/s : Semaikan cinta pada Allah dan Rasul dulu ^_^

No comments:

Post a Comment