::Pages::

02 January 2013

Sendiri 2013

Selamat tiba di zon 2013

Allah bagi juga kesempatan untuk aku berjuang untuk tahun ini. Berjuang dengan nafsu, beramal dengan Islam, buat yang ma'ruf, cegah yang mungkar. Tahun lepas, sudah 3 orang kenalan rapat pergi menghadap Allah selama-lamaya. Jiwa tersentap. Amal belum banyak. Banyak kemungkinan bakal terjadi jika kita tidak berbekal dengan taqwa.

Ketakutan kepadaNya melahirkan seorang Mujahid yang berani - itulah taqwa.
Kisah 01012013
Sekarang cuti mid semester bagi semester diploma, maka banyak jugalah assigmnent yang tengah bertimbun. Namun aku cuba luangkan masa untuk meng'update' post hari ini. Sebelum ini, jika terasa mahu update blog, banyak sangat kekangan. Tak menyempat nak tulis apa-apa. Kalau dah buka kat new post pun, tiba-tiba idea hilang. Terpaksalah batalkan niat murni itu..

Hari ini, aku free. 2 hari lepas aku baru sahaja pulang ke Terengganu untuk daftar kemasukan sekolah adik di SMAKL. Aku pengganti Ibu dan Walid. Dan sekarang aku tinggal di rumah keseorangan sehingga buka cuti mid sem nanti.. Yang lain di Kelantan. Aku di Terengganu. Moga Allah pelihara aku.
"Nak takut apa, Allah ada kan :)", Ibu kata.

Malam Tahun Baru Masihi, aku celebrate sorang-sorang. Layan rancangan 'Running Man' sambil minum malam. Ditemani hujan rintik yang berterusan sepanjang hari. Alhamdulillah, hari ini aku nampak mentari muncul dah hari ini. Keesokan hariku, masih tiada apa-apa. Masih meneruskan ibadahku sebagai seorang manusia, hamba Allah. Waktu itu, aku terfikir.
"Bila kita rasa kita punya segala-galanya, kita tak akan rasa gusar" 
Ya, sebab kita ada Allah.
Allah pelihara kita.

Malamnya, aku terasa mahu tidur awal kerana malam-malam yang sebelumnya sudah kerap kali tidur lewat. Tapi, aku tak dapat lelapkan mata jugak malam tu. Puas aku pusing-pusing, tetap tak boleh. Daripada tak boleh buat apa-apa, aku decide nak bermuhasabah diri. Menyingkap semula kisah aku sewaktu kecil hingga sekarang. Cuba untuk bermain memori. Tak cukup dengan itu, tanganku mula gatal nak menulis kisah hidup. Maka, aku pun menulislah di dalam kegelapan yang disuluh dengan cahaya lampu suluh. Aku cuba menghayati kemudian aku menulis. Apabila tiba part tentang kelemahan sendiri, aku mula menangis. Alhamdulillah. aku mula menangis. Menangis tenang. 
Itu sahaja yang aku cari sebenarnya dalam muhasabah malam itu. Sebuah tangisan.
Sudah lama aku tak menangis. Hatiku keras selama ini. Bagaimana mungkin hati yang keras dapat menitiskan air mata. Mustahil. Melainkan kita ada usaha sendiri untuk melembutkannya. InsyaAllah, pasti Allah bantu.

Sudahkah kalian menangis?

No comments:

Post a Comment