::Pages::

13 June 2013

Bergelar seorang CIKGU.

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Wala ilaaha illallah...
ALLAHU AKBAR..

Pengalaman menjadi sebagai guru ganti selama 2 bulan di sekolah menengah memang sesuatu yang best. Bekerja bersama-sama guru yang pernah mengajar aku dulu . Kalau dulu, jadi anak murid. Sekarang, jadi rakan cikgu pula. Sungguh tak tersangka-sangka, pada hari awal aku aku mula bertugas, mereka semua sudah membantuku sedikit sebanyak bagaimana menjadi seorang guru yang cekal. huhu.

Mengajar. Bukan sesuatu yang mudah kerana sebelum mengajar, aku perlu menyusun perancangan  dahulu bagaimana untuk mengajar. Nasiblah apabila mengajar di kelas yang mana pelajarnya semua lelaki seramai 40 orang. Padat satu kelas. Setiap kali mengajar di kelas mereka, berpeluh-peluh mahu menerangkan kepada mereka. Ya lah, bukan semua yang fokus. Yang semangat nak belajar tu adalah. Tapi ada jugak sebahagian yang suka merenung ke luar jendela melihat Mat Bangla sedang pasang atap kat sebelah. Sebahagian yang lain lagi, khusyuk bermain dam haji di belakang. Adoi. Menjerit-jerit si cikgu di depan ni haa.. ^^ Dugaan seorang cikgu.. Kelas perempuan lain pula ceritanya. Time ni bolehlah simpan sikit suara.Fuuh, lega sekejap..


No comments:

Post a Comment