::Pages::

25 November 2013

Apakah karyamu untuk dakwah hari ini?

Bismillah,
Alhamdulillah Allah masih memberiku kekuatan pada hari ini untuk meneruskan kehidupan dalam rangka menunaikan ibadah kepadaNya.

Hari-hariku semakin hari, semakin penat. Liku dan selekoh kehidupan makin terlihat cabarannya.
Tanggungjawabku sebagai hamba, anak, kakak sulung, sahabat, mahasiswa universiti perlu aku muhasabah lagi. Masih banyak yang belum aku lunaskan. Dan aku sangat terasa apabila menyentuh hal ini. Namun, aku berpegang pada nasihat ayahandaku, "bila kita tak mampu buat semua, tetapi jangan kita tinggal semua."

Karya hidupku sehari-hari selepas bermulanya semester baru ini diisi dengan kesibukan. Aku berdoa agar kesibukan ini mendekatkan lagi ubudiyyah ku kepada Sang Khalik. Begitu juga saat masa lapangku dikurniakan kekuatan agar ku tidak mudah terlalai dengan keasyikannya.

Aku cemburu benar kepada mereka yang keras bekerja demi menggapai Redha Allah, sedang aku masih belum setara itu. Hasil kerja aku masih belum mencapai kehendaknya. Sungguh aku tidak puas hati. Bila aku membanding-bandingkan diriku dengan orang lain, aku jadi lemah. Kenapa harus begini?
Persoalan ini terjawab apabila Kak Fatimah Syarha berpesan dalam slot forum wanita ketika Konvensyen Belia Relawan Haluan (KOBAR2013). Pesan beliau, " Jangan kita membanding-bandingkan kekurangan diri kita dengan orang lain, tetapi bandingkanlah diri kita dengan potensi yang perlu dicapai." Means kat sini, bila kita asyik membanding-bandingkan apa lebih dan apa yang kurang dalam diri kita dengan orang lain, kita akan sentiasa merasa kekurangan dan rendah diri membuatkan diri kita tak termotivasi dan terus rasa nak blame on yourself. Ini tidak bagus..
Tapi jika kita bandingkan diri kita dengan apa potensi yang kita perlu capai, ia sangat memberi peluang kepada diri kita supaya kita terus dan terus meningkatkan diri. Ini yang sepatutnya.

Pagi tadi, pensyarah aku ada bagi tips untuk meningkatkan diri dengan menulis 133 matlamat yang kita nak capai. Beliau kata, matlamat ni harus bertulis. Mungkin tidak kesemuanya tercapai tapi sebagiannya pasti tercapai. Dengan cara ni, InsyaAllah, kita akan nampak apa yang kita nak capai. Because we have our mission.

Wallahualam,
Doakan saya diberi kekuatan ya sahabat-sahabat pembaca.. saya juga mendoakan agar Allah sentiasa memelihara kalian dibawah limpahan kasih-Nya. Sampai ketemu lagi.
Assalamuaikum.

*Coretan selepas pulang dari medan ilmu di UniSZA.
11.30Pm, 25oktober2013.


No comments:

Post a Comment