::Pages::

04 January 2015

Ku Impikan Teman Abadi

Susah mencari teman sejati, sehati dan semati, bukan? T..T

Masing-masing punyai persepsi masing-masing terhadap maksud sejati itu.

Teman sejati ialah teman yang tidak mengenal keburukan kita tapi mengenal kebaikan kita. 
Dia tidak pernah mengenal senang kita tapi mengenal susah kita. 
Dia tidak pernah mengharap redha kita tapi mengharap redha Ilahi. 
Dia tidak pernah tahu apakah kebaikan yang telah dia lakukan untuk kita.

Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang apabila kita melihat kebaikan orang lain, kita hanya memikirkan dan mengharapkan yang baik-baik sahaja, serba serbi sempurna, tiada cacat cela. Pantang ada sedikit kesilapan, kita akan cepat-cepat menuding jari, menghukum si dia yang hanyalah insan biasa seperti kita. Mulalah kita bercakap bukan-bukan tentang dia. Namun dia sabar, kerana dia ada sejati di dalam hati.

Tugas kita bukan mencari sempurna luaran sahaja, berkedudukan atau berharta. Itu adalah bonus. Tapi kita mahukan adalah sempurna iman kerana adanya sejati. 
Tidak mengapa mencari kurang sejati kerana kita sempurna sejati.
Kita mampu mendidik dia menjadi sejati jua.
Kalau tidak kerana sejati di hati, manakan Kota Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia.
Kalau bukan kerana sejati, manakan Abu Bakar RA sanggup meninggalkan kekuasaan dan kekayaan kerana Islam, kerana cinta beliau kepada Baginda SAW.
Kalau bukan kerana sejati, tidak mungkin Kota Kostentinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
Kalau bukan kerana sejati, tidak mungkin Baitul Maqdis dapat dipertahankan hingga hari ini.

Siapa impikan teman sejati?
Jawablah.
K.I.T.A !
Ku Impikan Teman Abadi. ;D

Nukilan : Diari Muhajir

No comments:

Post a Comment