::Pages::

16 May 2011

Khas buat para murabbiku

Pagi ini , Selepas semua ahli keluargaku berangkat ke sekolah masing-masing. Aku terus menekan butang 'ON' televisyen. Rancangan 'Malaysia Hari Ini' seperti biasa. Tapi apa yang menarik perhatian ialah mereka sedang mengulas Sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing. Paparan yang menarik juga, mengisahkan seorang guru berbangsa Melayu yang mengajar di sekolah berbangsa Tamil.Yang menariknya, subjek yang diajar adalah subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Itulah cabaran guru-guru kita..

Aku segera mencapai telefon bimbitku, lantas menaip.

"Salam Baraqah buat para Murabbi sekalian ,
 Terima Kasih kerana telah mendidik saya sehingga saya menjadi diri saya hari ini.."

Sent..

Tut..tut...
Bunyi mesej masuk,

received from Ustz Sahidah SMAKL
"Syukran atas ucapan dan ingatan ;)"

Aku tersenyum..sama-sama Ustazah..

Beberapa minit kemudian,

Tut..Tut..
Received from Ustz Masyitah Ishak
"Terima Kasih. Keberkatan akan lahir apabila guru dan pelajar kembali kepada Allah.."

Ya,
Aku rindu dengan suasana tarbiyah di bumi wakafan SMAKL satu ketika dulu.
Di bawah naungan para Murabbi yang berpotensi.

Terima Kasih , Cikgu !!

SELAMAT HARI GURU

2 comments:

  1. rindunye kat ustazah masyitah. kat sini x dek pon hari guru.. :(

    ReplyDelete
  2. u la lancarkan hari guru kat sana..wt rekod terbaru kat uk..

    ReplyDelete