::Pages::

30 September 2011

1000x Berwaspada dengan SAHABAT

Apabila kita tidak dekat atau jarang menghadirkan diri dengan orang yang berilmu ,maka kita akan dekat dengan orang yang dekat di sekeliling kita dan mereka itulah yang bernama SAHABAT .

Syair Arab ada mengatakan :
            "Berhati-hatilah dengan MUSUH sekali,
                                        Berhati-hatilah dengan SAHABAT seribu kali "

Apabila berhadapan dengan musuh sememangnya kita perlu berwaspasda .. juga apabila kita berhadapan dengan Sahabat kita sendiri .
Di sini ,bukanlah DBM menganjurkan supaya kita bersyak wasangka terhadap sahabat ,akan tetapi kita berhati-berhati dari setiap segala sudut kerana SAHABAT akan lebih melakukan mudarat ke atasmu kerana dia  lebih mengenali kita berbanding musuh .
Ini bermakna ,Setiap daripada kita sangatlah dianjurkan supaya menjaga adab-adab bersahabat untuk mengelakkan segala PERMUSUHAN .

Menurut Syair Abu Tammam pula :
               "Banyak musuh yang jadi daripada sahabatmu ,
                        Maka janganlah kamu banyakkan Sahabat ,
                 Sebagaimana kita memilih makan dan minum ,
                        Segalanya berpunca daripada makan dan minum "

Pengajaran di sini : Memilih sahabat adalah seperti memilih yang berkhasiat atau mengambil makanan yang memang memberi mudarat kepada tuan badan itu sendiri .
So, pandai-pandailah pilih .
Klu makanan yang dah berulat pon kita dah rasa nak muntah apalagi nak memakannya ?
Geli kan bila diperumpamakan sebegini .
Fikir2kanlah ..

Seterusnya Syair pesanan untuk sahabat :
                 "Ketika aku tunjukkan kegembiraanku ketika aku marah,
                              Maka aku dapat membahagiakan ,
                  Pabila aku dapat berbuat demikian ,
                              Maka aku telah berjaya membahagiakan hatiku .."
Akhir kalam ,dalam bersahabat banyakkan bersabar dan sanggup memahami perangai mereka.Dalam bersahabat kita mesti menjadi seakan buta ,tuli ,dab bisu dengan melazimi kecintaan kepada Allah S.W.T ..

Wallahu 'alam..

SEDIKIT BINGKISAN SYAIR BUAT SAHABAT :

========================
Aku mencintaimu….
Duhai yang telah mencuri hatiku
Duhai yang telah merubah hidupku
Duhai yang aku cintai melebihi dari setiap relung hatiku
Duhai yang telah menuntunku kedunia khayalanku
Kekasihku….
Telah kuberikan ruhku dan hatiku kepadamu

Telah ketempatkan dirimu dalam relungku
Telah kugambar dirimu bersama dengan mimpiku
Kita berjanji, akan sehidup semati
Mendajikan cinta kita melampaui khayalan ini
Disetiap tempat kita akan goreskan kisah cinta kita
Dan kita bersihkan hati kita dari sungai azab
Perpisahan itu telah menghantui mimpi-mimpi kita
Dan cinta kita mengantarkan kita kepada sebuah perpisahan
Dengan rintihan amarah yang menodai kesetiaan
Dan kisah cinta kita telah berubah menjadi cinta terlarang
Demikianlah akhir perjalanan kita
Dan biarlah ia menjadi sebuah kenangan masalalu antara kita
========================================


Tapi sayang ya...akhir kisah ini berakhir dengan perpisahan...:(

No comments:

Post a Comment