::Pages::

20 September 2011

Si Lapang Melalaikan

"Lepas ni ,aku nak buat kerja tu pulak ..pastu buat tu,pastu buat ni ..."
-Ni ayat semasa kita dalam mood rajin .

Macamana pulak saat kita tengah malas ?
"okey ,nanti la saya buat ..ada masa lagi .."

Tepat atas batang hidung kita ..nak berdalih lagi ke?
hmm ..

Sekiranya kita tak mau 'Kemalasan' datang lagi, hati-hati dengan waktu lapang kita .
Waktu yang terluang akan menjadikan kita semakin terleka sehingga lupa untuk kembali bekerja ..

Samalah seperti kita menghafal sebuah Al-Quran,apabila kita merasa berasa berpuas hati dengan tahap hafalan kita ,kemudian berluang masa terlalu lama untuk berehat dan semakin lupa untuk mengulang hafalan kembali ..


Nah ,saat itu ,KEMALASAN bermaharajalela..



Ramai orang mengisi masa lapang dengan bersenang-senang sehingga akhirnya fikiran dan emosi menjadi "susah" untuk bangkit semula untuk bekerja kerana sudah "tidur" dek kerana terlena dengan kesenangan Waktu lapang .

Waktu lapang biasanya adalah diantara dua waktu sibuk .Ketika kita telah selesai melakukan sesuatu pekerjaan dan ingin beralih kepada pekerjaan yang lain .

Walau berapa lama pun masa lapang yang kita ada ,Kita perlu waspada agar tak terlena terlalu lama .

Allah ..Kuatkan hamba saat menghadapi Syaitan Malas ni ...

No comments:

Post a Comment