::Pages::

18 September 2011

Kisah dari tapak Konvo UNISZA


Sempena majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin,
DBM ,Aliah ,dan k.Mena ditugaskan menjaga gerai buku Persatuan Mahasiswa Usuluddin (PMUS). Waktu bertugas yang ditetapkan jam 6-10 malam.Aku bukanlah budak Kos Usuluddin ....tapi secara sukarelanya aku menjaga gerai depa ..hehe

Pada awal 'penjagaan ' kami ,kunjungan pelanggan ke gerai kami agak kurang .
Banyak faktor kot yang membuatkan mereka tengok-tengok ayam je kat gerai kami...Tak cukup sumber cahaya bila malam menjelma n kedudukan gerai yang agak jauh ..

Kami sedia menunggu ..menunggu dan terus menunggu ......pelanggan yang bakal berkunjung..
 Ada  yang masuk ..belek2 ..dan keluar ...
Ada yang masuk ..pusing2 je n keluar ..
Ada yang masuk ..keluar duit ..

Tapi yang DBM nak kongsikan ni ,
Ada seorang lelaki berbangsa Cina yang asyik mundar-mandir di hadapan gerai kami .
 Sesekali terlihat beliau membelek buku-buku agama  di kawasan hadapan gerai .Tak berani masuk dalam lagi agaknya .
Oke ,pada pendapatku ,beliau just nak nak tengok isi je kot .

Kami teruskan melayan pelaggan-pelanggan  dengan ceria .

":Kak ..beli kak ..10% less ..rugi tak beli ..=)
Kami cuba untuk mempromosi ..

Sambil sibuk-sibuk melayan ,mataku tertumpu pada seseorang ..
"haa ,dia tu la budak cina yang survey kat gerai ni td .."

Langkah beliau lambat-lambat menuju ke gerai kami kembali..sambil memegang torch light kecil ..
Beliau masuk kembali ke gerai kami untuk 'survey' kali kedua..
Kami hanya melemparkan senyuman paling manis kepadanya .

Torch light kecilnya sesekali menyuluh tulisan di muka buku.
(Kami tergelak kecil melihat kelakuannya ..maklumlah lampu di gerai kami tak berfungsi,agak menyukarkan para pelanggan untuk memilih buku-buku yang ada ..)

oKe ..
Hati kami sedikit hampa kerana skali lagi beliau keluar tanpa membeli apa-apa ..
Terdetik di hati DMB nak tarik beliau masuk ke gerai kami sekali lagi ..

"Aliah, k.Mena ..nanti kalau dia lalu depan gerai kita sekali lagi ,kita pelawa dia masuk ....hehe..barulah dia tak segan nak masuk dalam-dalam ..Dia nampak cam berminat ja ngan buku-buku ni ...,"aku memberi cadangan ..

"A'ah ..K.Mena pun rasa gitu gak ..sebab da berapa kali dia lalu depan gerai kita kan?.."
Aku dan Aliah mengangguk setuju ..

"haa..K.Mena ..dia datang balik !!...hehhe...kami tersengih luas ..

Giliran K.Mena bersuara ":Jemput Encik ,masuk ke gerai kami ..kami wat potongan 10% je ..mai pilih .."
Setelah dipelawa ,Lelaki Cina kelihatan seperti sudah tak segan memilih buku-buku yang tersedia .Dari meja ke meja ..
Agak mengejutkan kami apabila beliau mengambil sebuah demi sebuah buku dan dikumpulkan ke satu tempat .Bilangan keseluruhannya 9 buah .Semuanya berkaitan dengan ilmu Agama .Kami agak hairan+kagum dengan tingkah lakunya .

"okeh ,kira ..."ujar Lelaki cina itu ..

"Biar betol.."aku tertarik dengan kesungguhan Beliau ..Keinginannya .
Mana nak cari orang yang bernama Islam yang bersungguh nak baca buku ilmiah setebal tu .Inilah Kecenderungan hakiki yang hanya sesetengah orang sahaja yang Allah betul-betul nak bagi .

Menurut Senior,nama islamnya Luqman Hakim..
Allahu Akbar ..

Kini aku dapat merasakan kepuasan apabila mendapat keberhasilan yang bermanfaat kepada orang lain ..^_^

Syukran ya Allah ..
Hari ni hari ku diisi dengan didikan tarbiyahMu..






2 comments:

  1. perkongsian yg menarik,

    btw, ni anak cg sabariah ke? smbg bljr kusza ke?

    ReplyDelete
  2. aah ..ank tc.Ba .
    Sambung blaja Unisza .

    ReplyDelete