::Pages::

27 February 2012

Hamba itu jahil

Hamba itu bermula dengan JAHIL. Bodoh. Kerana Hamba itu adalah sesuatu yang diciptakan bukan Yang Menjadikan. Aku dapat lihat Hamba itu sebenarnya tersangat lemah tanpa sesuatu. Hamba itu pasti sangat memerlukanNya untuk menjadi kuat. Hamba itu senantiasa mendapat kekuatan apabila dia memohon. Senantiasa memohon itulah yang menjadikan Si Hamba itu Hamba Abdi. Dia sentiasa tunduk dan patuh kepada tuannya. Tiada bantahan. Tiada alasan. Kerana Si Tuan itulah yang paling terpenting di dalam hidupnya. TanpaNya,Hambanya boleh mati. Begitu agungnya kuasa Si Tuan itu.

Inilah yang aku rasakan di saat ini. Aku Hamba Jahil. Aku rasa lemah. Maka, Aku cari Allah sebagai penenang. Alunan zikir yang sedang aku dengar sekarang ini membuatkan hati menjadi syahdu. Selalu saja aku pasangkan zikir ini di laptop aku, tapi bukan semudah itu ia boleh berbekas di hati tanpa penghayatan. Sekarang, aku menaip entry ini diiringi hujan di petang hari , ditemani zikir di relung hati. Aku juga menyeru para pembaca amalkan zikir dalam setiap tingkah laku kita. Ucapkanlah sebanyak mungkin Istighfar agar terhapussegala yang tercela. Astaghfirullahal Adzim.

Sedang aku ini seorang hamba yang jahil, lemahnya iman, maka Ya Allah Ya tuhanku,Ampunilah dosa-dosa hamba dan berikanlah makrifatMu kepadaku, penuhkanlah ilmu di dadaku agar aku sentiasa dapat mengingatiMu, agar aku tidak terlalai...

TANDA-TANDA KEJAHILAN SEORANG HAMBA


Kata Ibn Attailah As-Sakandari :
"Jika Engkau melihat seseorang selalu menjawab segala apa yang ditanyakan kepadanya, mengungkapkan segala apa yang disaksikannya, dan menyebut segala apa yang diketahuinya, maka ketahuilah bahawa itu tanda-tanda kejahilan pada dirinya." 

Penjelasan: Menurut adab, kita harus berusaha untuk teliti(selektif) di dalam berbicara. Dan ini merupakan perkara yang tidak mudah. Sering terjadi, orang yang berjalan menuju ALLAH Taala mendapatkan kurnia. Namun ketika ia hendak mengungkapkan kepada orang lain , maka uraiannya kurang memadai malah sering mendatangkan fitnah. Seharusnya ia tidak boleh berbicara , kecuali sesuai dengan tingkat pemahaman si penerimanya. 
Demikianlah pesan Sheikh Ibn Athaillah .

Maka,perhatikanlah diri kita sendiri sebelum mula berbicara. Jangan kerana kejahilan seorang hamba membawa kepada satu fitnah yang besar.

Menutut Ilmu itu sangat dituntut 

Kerana itu, Rasulullah S.A.W bersabda ;"Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad."
Hadith ini sendiri sebagai teladan buat kita betapa pentingnya ilmu itu di  dalam kehidupan seorang hamba. 

Wallahu 'alam .

No comments:

Post a Comment