::Pages::

23 April 2012

Tindihan dan Ayat Kursi.

"Urghh..urgh...kuatnya tindihan ni..siapa yang tindih aku ni?." Aku bermonolog sendiri dalam tidur. Kebenarannya, kesakitan itu amat terasa entah dari mana puncanya.
'Allah..Allah...Allah...,' ucapku didalam khayalan mimpi. Aku tidak pasti jikalau ucapan itu terpacul secara zahir di bibirku, tapi apa yang pasti, dahiku berkerut-kerut menahan kesakitan ini. Anggota badanku yang lain seolah-olah tidak dapat membantu  untuk melawan tenaga 'luar biasa'. Kaku.



Aku teringat apa yang diceritakan oleh seorang sahabatku, Adawiyah tentang tindihan ini. Beginikah rasanya?
Mulutku terkumat-kamit membacakan ayat Kursi dan di akhir ayat, aku mengulang sebanyak tiga kali. Itulah yang sentiasa dipesan oleh ibuku jika hendak mengelak  dari segala gangguan makhluk.

Sesekali aku merasakan tekanan kesakitan itu semakin berkurang. Mungkin pertolongan Allah sudah sampai, fikirku. Aku lega. Tetapi sekali lagi, aku merasakan kesakitan itu kembali. Aku ulang dan terus mengulang ayat mulia sekali lagi. Aku cuba untuk bangun. Terus kuatkan diri.

                           ***************************************************

Alhamdulillah, akhirnya aku tersedar. Tahukah apa sebenarnya yang berlaku? Dengan mata yang kuyu seusai tersedar dari tidur, rupa-rupanya kaki adikku yang menindih badanku. Yang aku sangkakan tindihan apalah tadi. Mahu ketawa juga rasanya tetapi aku masih dalam 'kemamaian'^^. Tiada kuasa nak ketawa..hehe

Seolah lakonan dalam mimpi yang tiada siapa dapat menyaksikannya. Aku sedar kalau aku tiada keyakinan terhadap Allah tanpa membaca ayat Kursi tadi, mungkin aku akan 'mati' dalam mimpi tadi.

Hebatnya kuasa Allah!!! ^^


No comments:

Post a Comment