::Pages::

12 June 2012

NAFI'AN LIGHAIRIH

Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca,
Semakin kita membesar, semakin banyak mehnah yang tersedia buat kita. Itulah hipotesis yang selalu disimpulkan oleh mereka yang berada di sekelilingku. Sama ada kita sedar atau tidak, inilah dikatakan sebagai lumrah kehidupan. Apabila satu tanggungjawab telah diamanahkan kepada kita, apakah kita mampu atau tidak untuk memikulnya? Ligat juga otak mahu memikirkan ditambah lagi dengan hati yang bercampur-baur rasanya.

Allah...
Perkataan TANGGUNGJAWAB sahaja sudah tertafsir berapa tan beratnya. Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dipikul tanpa jiwa yang benar-benar tulus, hati yang benar-benar cekal dan keimanan yang benar-benar mantap. Yang benar-benar layak memikul bukanlah semestinya yang sudah benar-benar hebat. Jika memang tiada orang yang benar-benar hebat waktu itu, apakah hanya dengan menunggu orang yang layak tersebut muncul barulah memulakan tanggungjawab untuk ummah? Sampai bila mahu menunggu? Tunggu hancur ummah dahulu, barulah memunculkan diri?

SETIAP INDIVIDU MEMIKUL AMANAH
Amanah yang dimaksudkan merangkumi segala ruang. Amanah buat diri, keluarga dan ibubapa, ummah islam,dalam pergaulan kita. Semuanya dikira sebagai amanah.
Amanah bukan untuk menunjuk-nunjuk nama dan pangkat. Riak namanya. Sia-sia sahaja kebaikan yang telah kita lakukan selama ini apabila riak mula menakluki diri. Menanggungnya berat. Tajdidkan niat kita.
Yang tersasar itu, pulanglah ke pangkal jalan. Maih belum terlambat.

BIARLAH KITA INI BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN
Amanah di tangan kita biarlah memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukan. Inilah peluang kita. Bukan senang nak jadi orang yang nampak peluang itu.. Beruntunglah buat mereka..
Apa yang kita tahu, apa yang kita dengar, apa yang kita ada, kita kongsi.. Barulah manfaatnya sampai kepada mereka. InsyaAllah. Doakanlah.

No comments:

Post a Comment