::Pages::

07 January 2014

Mas'uliyyah seorang hamba.



Sejauh mana orang atasan memimpin orang bawahannya dengan kuasa veto yang mereka ada? Mengarah itu ini tanpa nada menghentam orang bawahan. Sentiasa meminta pendapat semua ahli tanpa membuat keputusan melulu sesuka hati. Sangat menitik beratkan hal orang bawahannya sehingga mereka terasa dihargai dan sentiasa bersemangat untuk bekerja. 



Bagaimana pula penerimaan orang bawahan menerima tugasannya dan menjalankan amanahnya tanpa alasan dan rungutan bahkan akur dan melaksanakan dengan seikhlas hati. 


Alangkah harmoninya kesepakatan dalam satu kumpulan itu. Apabila matlamat mereka adalah bekerja demi mencapai Redha Allah. Bukan kerjanya untuk program/projek semata. Jangan dilihat dengan keberhasilan di mata kasar sahaja. Kerja sebegini bagaikan debu-debu yang berterbangan, sia-sia andai dihujungnya berantakan ukhuwahnya, kata-kata kesat, tuding-menuding mencari salah menjadi perbualan tiada hentinya. Soalnya, Redhakah Allah dengan usaha kerja kita?

Mereka yang terpilih di barisan hadapan sangatlah berat tanggungjawabnya. Oleh kerana satu kesilapan daripada barisan hadapan, mereka yang berdiri di belakangnya terkena tujahannya. Kerja bersama harus saling mengingati, bukan saling tuduh-menuduh, bukan sentiasa minta dimengerti, pentingkan diri sendiri. 

Pandanglah dari sisi keberkatan, bukan sisi kemegahan.

Wallahu alam,
070114/1:47

No comments:

Post a Comment