::Pages::

13 January 2015

Da'i adalah Wayfarer

Kamu, yang menggelar dirimu da'i!

Kamu adalah pengembara @ wayfarer!



Da'i hari ini mesti menjadi pengembara di pelusuk kota, kampung, negeri, dalam menyampaikan seruan Islam kepada masyarakat.

Lihatlah bagaimana utusan-utusan Rasulullah SAW yang round ke lembah dan kampung-kampung pedalaman untuk menyampaikan Islam ke seluruh masyarakat Arab. Mereka tidak menunggu orang datang ke Madinah. 
Saksikan saja, apakah jawapan baginda apabila seorang badwi bertanya tentang rukun Islam, apabila Rasulullah menjawab, badwi tersebut berkata: "Tidak aku tambah atau aku kurangkan sesuatu pun darinya."

Badwi tersebut ketika memulakan soalannya berkata: "Hai Muhammad, utusanmu telah datang kepada kami bahawa kamu mengatakan bahawa kamu adalah utusan Allah?"

Jelaslah utusan Rasulullah pergi menemui mereka membawa title seorang da'i. Masyarakat perlu dilawati, mereka sedang tenat. Barangsiapa yang hanya menunggu orang ramai datang kepadanya, maka tidak selayaknya mereka digelar da'i.

Jika diperincikan kata-kata badwi tersebut, jelaslah kepada kita bahawa para sahabat yang berdakwah itu sanggup keluar dari Madinah apabila mereka dihantar oleh Nabi SAW untuk berdakwah kepada kaum tertentu. Mereka meninggalkan keluarga, rumah dan anak-anak mereka. Mereka mengharungi padang pasir, bukit bukau dan berhujan demi menyampaikan Islam. Inilah bentuk dakwah yang ingin dicapai matlamatnya. Ia perlu bergerak dan bermula, pagi mahupun petang dengan perkataan dan perbualan yang benar. Sikap duduk dan berharap tidak akan sampai ke mana-mana. Sampai bila mahu disuap-suap dan bila mahu mula berjuang. Memang, ianya pasti getir. Oleh itu, pelajarilah contoh daripada ahli salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika tidak, mundar-mandir sahajalah di tempat kamu dan kamu tidak akan sampai ke mana-mana.

Rujukan: المنطلق

#wayfarermutah
#arabsterwayfarer
#daiwayfarer


No comments:

Post a Comment