::Pages::

12 January 2015

Ukur Iman

Nilai kita, diukur dengan nilai sebuah keimanan.
Rosaknya iman, jelaslah terpamer kehidupan manusia terlompong, ketidakseimbangan dan terkeliru dengan hasutan nafsu.

Benteng. Ya, iman adalah benteng utama. Tak perlu dibahaskan hujah juga faktor luaran lain untuk menguatkan sebab sesuatu permasalahan kerana permasalahan utama adalah permasalahan iman. Pengstrukuran yang perlu distruktur semula adalah pengstrukturan iman. Iman adalah paksi.

Mari kita sama-sama berbalik kepada soal keimanan. Bukan berkhilaf soal keimanan, tidak sama sekali. Bahkan mari kita merasai hakikat keimanan yang dapat memberi makna kepada sebuah rasa, Halawatul Iman.

Hari ini, kita banyak bercakap tentang isu-isu masyarakat yang semakin hari semakin pelik, semakin hari semakin di luar kebiasaan, semakin aneh ya manusia zaman sekarang? Aku hairan.
Apa yang dicari untuk jiwa mereka sebenarnya? Mereka sebenarnya keliru.

Bicara soal keimanan ini, ramai dalam kebanyakan manusia memandang enteng. Bagaikan ianya tiada hasil. Dan apa yang distrategikan berdasarkan lahiri semata. Buat kempen itu, buat program ini. Permasalahannya, masih juga tergantung.

Rungkaikan masalah keimanan yang sedang dihadapi, perbaiki iman yang terlompong. Sentiasa proses jiwa.

Ketahuilah, tidak akan bertemu dua cinta dalam satu masa.

PENYERAHAN SECARA TOTAL. KEIMANAN.

No comments:

Post a Comment

r
i
k
i
z
a
r
a
i
t
u
M