::Pages::

Showing posts with label ::mujahadah::. Show all posts
Showing posts with label ::mujahadah::. Show all posts

12 September 2011

Sedarlah dari lena ,wahai muslimah ..

 Copy paste :www.ustaz.blogspot.com
Pernahkah anda bermimpi lalu terjaga daripada tidur dan rupa-rupanya jaga itu pun masih lagi sebenarnya adalah sebuah mimpi ? Pasti menyeramkan dan menyedihkan apabila apa yang anda rasai, sangka dan anggap sebagai realiti itu sebenarnya adalah cuma sebuah fantasi atau lebih tepat lagi disebut sebagai sebuah mimpi !
Demikianlah perumpamaan yang mampu saya berikan kepada kaum wanita yang tersesat dan dikhayalkan oleh godaan duniawi. Bumi dan langit yang begitu tinggi dan besar kejadiannya kelihatan begitu ringkas dan kecil “significant”nya dalam kehidupan mereka.

Sedangkan Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi itu lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Al-Mukmin : 57)
Mereka tidak peduli !

Bangun pagi seperti sang puteri, dilayani manja oleh ibubapa selama mereka masih setia menjadi anak yang taat dan tidak berkahwin lari…kemudian ke sekolah atau kolej bagi meneruskan rutin harian mereka….
Belajar….kenapa belajar ? Kerana…kena belajarlah…semua orang pun belajar…lagipun kalau belajar dapat ilmu baru dan boleh dapat sijil dan dapat mencari kerja….bila dah kerja dapat gaji boleh balas jasa ibu dan ayah….

Senyum lebar ibubapa dan bahagianya rasa apabila mendengar jawapan si anak…!
Apakah sempat mereka memikirkan kebesaran Allah yang menghidupkan dan mematikan ? Yang telah membangkitkan mereka dari tidur yang lena ?
Tidak !!!

Sudah lewat ? Hari ini ada periksa ? Ada janji temu (dating) dengan teman lelaki ? Itulah yang ada di dalam benak pemikiran mereka.
Ubudiyah kepada Allah? Apa kejadah tu ….?
Mimpi di zaman kanak-kanak
Semenjak kecil para wanita ini membesar dengan asuhan yang salah oleh ibuabapa. Mereka tidaklah dibesarkan sebagai amanah Allah yang perlu diserahkan kepada seorang lelaki (suami) kelak pada masa hadapan…tidak!

Sebaliknya mereka dibesarkan sebagai seorang puteri yang comel dan merupakan harta dan perhiasan yang berharga oleh pihak ibubapa dan dijaga dengan penuh kasih sayang dan kemanjaan.
Maka anak perempuan itu pun hiduplah dalam mimpi bahawa bahagia itu miliknya, tiada apa yang akan terjadi kepadanya kerana ibubapa sayang kepadanya, ada kereta, ada rumah, ada wang, ada sekolah dan ada mama dan papa yang saling sayang menyayangi dan amat cinta kepadanya !
Tup-tup !

Ibubapa bercerai…mama dan papa mati…keluarga jadi miskin, sekolah banjir dan pelbagai lagi tragedi yang boleh menimpa maka terjagalah anak perempuan ini sekejap dari lena dan tidur yang panjang !
Terjaga !!!
Bahawa apa yang dia miliki selama ini boleh hilang….trauma…takut dan sedih dan rasa tuhan tidak adil….! kenapa kau ambil ibubapaku ? Apa salah mama ? Apa salah papa ? Kenapa ambil mama dan papa ? kenapa mama dan papa bercerai ??
Blaming game pun bermula….
Mimpi di zaman remaja.
Anak-anak gadis di zaman remaja amat dahsyat mimpi mereka…sukar dikejutkan dan amat payah terjaga dari lena dan tidur yang panjang !
Mereka ada bilik sendiri, ada ruang sendiri, ada pemikiran sendiri, ada rakan dan hak-hak tersendiri….minta dihormati, perasaannya perlu dipertimbangkan dan dia merasakan bahawa semua orang perlu menghormatinya !

Dia bermimpi bahawa hidup ini adalah miliknya, dialah ratu dan dialah dirinya sendiri yang serba hebat….jatuh cinta dan dipikat oleh sang keldai lelaki dalam kelas atau di pusat pengajian tuisysen…tertarik, tertawan…oh manisnya dunia dalam dakapan sang lelaki yang tak ketahuan…
Jika bernasib baik perhubungan akan terputus sebab lama tidak berhubung, terpisah oleh kesibukan belajar atau kerana bertemu rakan baru. Jika bernasib tidak baik dan mak bapa pun tidak ambil peduli sebab bukan kahwin lari maka mungkin budak perempuan itu boleh bunting kerana hari-hari berlaku ujikaji biologi dalam bab pensenyawaan dan hubungan badan.

Jika cerdik makan ubat, jika tak cerdik dan dunggu maka akan menangis, sedih dan kemudian keluarga akan memujuk supaya kejadian perit itu dilupakan….
Terjaga sekejap dari mimpi bahawa zaman persekolahan dan kolej ini memang penuh dugaan…
Sambung mimpi lagi…

Di university pula ada persatuan, ada jamaah dan pertubuhan maka kaum muslimah ini pun bermimpi bahawa itulah perjuangan hanya sebab mengikuti usrah kecil-kecilan dengan buku shaari sungib jadi bahan bacaan atau pun buku ustaz Fathi Yakan maka dianggaplah bahawa mereka sedang berdakwah dan berjuang setaraf mujahidah dan mujaddidah !

Usrah dan tamrin dihadapi dengan penuh perasaan, tangis-tangisan, sungguh bersungguhan kerana adik-adik akan mengantikan kakak-kakak dalam perjuangan….adik-adik pelapis generasi hadapan kolej atau ajk surau sekian-sekian….menangis…
Malam itu gadis ini tidur dengan nyenyak dalam keadaan merasakan dirinya hamba yang dikasihi tuhan….dirinya exco dakwah dan pelapis perjuangan kolej sekian-sekian…
Mimpi bersambung lagi…

Tidak lama menjadi ajk sayap kiri kanan depan belakang muslimin maka muslimah ini pun akhirnya memikat burung-burung jantan yang ada di dalam satu sarang jamaah….sms, surat, warkah dakwah dan iman….cinta-cintan perjuangan…ana suka pada ente…jom ke masjid dan dakwah sama-sama….cairlah sebuah keteguhan yang dibuat-buat…tergodalah prinsip muslimah sejati wadah perjuangan murni yang dijadikan tema tahun ini….

Tidak lama kemudian muslimin tak jadi bernikah, ibubapa tak sudi, kena dengar cakap mak bapa…ada pula bernasib tidak baik sudah melakukan maksiat bergesel-gesel badan tetapi hati kemudian berubah kerana bertemu ustaz idaman…Oh ustaz…ana sudah istikharah…..condong hati ana ke ustaz….ceh…
Cinta-cintan di zaman belajar berapa banyak yang berakhir dan berkesudahan ? Semuanya hanya mainan perasaan…

Kecewa dan dikecewakan….terjaga sekejap dari mimpi…
Hantar email ke ustaz emran…minta panduan dan cara muhasabah diri, banyak dosa sudah dilakukan bla-bla…cerita yang sama tetapi watak yang berbeza ….Ustaz saya ingin bertaubat…
Minta dicarikan muslimin soleh dan lelaki yang mampu membimbing…sekian dan sekian…
Maka terjagalah dari mimpi buat ke sekian kali…
Namun mujurlah sempat kembali dari yang masih terus hanyut dalam alam percintaan…berkahwin dan membina rumahtangga dan melayari bahtera dalam kapal yang penuh bocor dan kerosakan !
Di tengah perjalanan ada arus berlaku pergolakan….si isteri menekan suami…suami menyalahkan isteri dan berlaku perceraian…
Ustaz emran, saya ingin bertanya tentang suami saya…,bla-bla-bla…
Masalah yang sama…watak yang berlainan….
Kasihan dengan kaum wanita yang kebanyakan hidupnya tidak pernah menikmati realiti dan hanyut oleh mimpi. Ketika kecil dia dibesarkan dengan didikan yang tidak menurut kehendak Allah. Dia dibesarkan tanpa menyedari tanggungjawab dan tujuan hidup di atas muka bumi Allah SWT.
Justeru hidupnya adalah seperti mimpi yang tak pernah terjaga dan gagal merasai reality dan erti sebuah kehidupan yang sementara ini.
Diriwayatkan bahawa Abu Bakar As-siddiq ra pernah berkata : “Barangsiapa yang memasuki kubur tanpa membawa bekalan maka dia seolah-olah mengharungi lautan tanpa menaiki kapal.”
Masih saya ingat lagi, tentang kisah seorang muslimah yang ketika 5 tahun dahulu pernah bertanya saya, Salam ustaz, saya ada seorang kekasih yang sangat saya cintai…dan sekarang setelah 5 tahun berlalu maka dirinya itu dan kekasihnya pun sudah menjadi milik orang lain. Begitu juga dengan wanita yang bertanya 4 tahun dahulu, ustaz saya ada seorang suami dan bertanya saya tentang suatu masalah dan kini mereka pun sudah bercerai…
Seorang budak sekolah dan gadis remaja bercinta dengan rakan sekelasnya, berapa lamakah cinta itu akan bertahan ?
Tanyalah diri anda sendiri…apakah kehidupan yang anda lalui sekarang ini ialah mimpi atau pun sebuah reality.
Persoalkan sekarang sebelum terus sesat di alam yang tiada kesudahan !

12 July 2011

Risaukan Umat ~ Risaukan diri juga

Aku risaukan diri sebagaimana Aku risaukan Ummat Akhir Zaman .. O' Allah .. Gimme Strength ....


 ^______^







Ya Allah ..
Hiaskanlah Kamidengan keindahan Al-Quran,
Muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran,
Serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran,
dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al-Quran,
Masukkanlah kami ke dalam syurga dengan dengan syafaat Al-Quran,
Selamatkanlah Kami dengan dari segala bencana dunia dan azab Hari Akhirat dengan berkat Kehormatan Al-Quran ...
Amin Ya Rabbal 'Alamin ...

16 April 2011

Kebebasan itu ketenangan, bukan kekalutan.


Sedang alami saat sukar,
Maher Zain with 'Freedom' menyapa ,

"Ya Allah,bebaskanlah aku daripada dibelenggu perasaan sebegini; Amarah permainan musuhMu, yang melahirkan Hasad dan Dendam yang direkayasa oleh Syaitan Laknatullah agar ku mudah alpa kepadaMu. Jangan biarkan aku jatuh "

 o.........o

Berfikir sejenak,
erti kebebasan; Hurriyah
means,can't disturb..tanpa kongkongan
Dalam konteks remaja hari ni,
Kebebasan dunia hari ini telah mengacau-bilaukan jiwa-jiwa bahkan sedang menghantar jiwa kepada kehancuran,

Apakah ini erti Kebebasan?

pada alaf ini?



atau ini?

freedom







1. Gathered here with my family, my neighbours and my friends

2. Standing firm together against oppression holding hands

3. It doesn't matter where you're from or if you're young, old, woman or man

4. We're here for the same reason, we want to take back our land

5. O God, thank you

6. For giving us the strength to hold on

7. And now we're here together calling you for freedom, freedom

8. We know you can hear our call oh

9. We're calling for freedom, fighting for freedom

10. We know you won't let us fall oh

11. We know you're here with us

12. No more being prisoners in our homes

13. No more being afraid to talk

14. Our dream is just to be free, just to be free

15. Now when we've taking our first step towards a life of complete freedom

16. We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Repeat 5-11


17. I can feel the pride in the air

18. And it makes me strong to see everyone

19. Standing together holding hands in unity

20. Shouting out loud demanding their right for freedom

21. This is it and we're not backing off

22. Oh God we know you hear our call

23. And we're calling you for freedom, freedom

24. We know you can hear our call oh

25. We're calling for freedom, fighting for freedom

26. We know you won't let us fall oh

27. We know you're here with us

28. Freedom, freedom, freedom


08 March 2011

Ada hikmah di sebalik himmah....


 Memang tension!!

Arghhhhh!!!



Kelemahlembutan adalah akhlak mulia.
Ia berada diantara dua akhlak yang rendah dan buruk, yaitu kemarahan dan kebodohan. Bila seorang hamba menghadapi masalah hidupnya dengan kemarahan dan emosional, akan tertutuplah akal dan fikirannya yang akhirnya menimbulkan perkara-perkara yang tidak diridhoi Allah ta’ala dan rasul-Nya. Dan jika hamba tersebut menyelesaikan masalahnya dengan kebodohan dirinya, nescaya ia akan dihinakan manusia. Namun jika dihadapi dengan ilmu dan kelemahlembutan, ia akan mulia di sisi Allah ta’ala dan makhluk-makhluknya. Orang yang memiliki akhlak lemah lembut, insya Allah akan dapat menyelesaikan problem hidupnya tanpa harus merugikan orang lain dan dirinya sendiri.
Melatih diri untuk dapat memiliki akhlak mulia ini dapat dimulai dengan menahan diri ketika marah dan mempertimbangkan baik buruknya suatu perkara sebelum bertindak.
Kerana setiap manusia tidk pernah terpisah dari problem hidup, jika ia tidak membekali dirinya dengan akhlak ini, nescaya ia gagal untuk menyelesaikan problemnya.
Demikian agungnya akhlak ini sehingga rasullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya : “Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa)”. (HR. Muslim)






 panik!!!!!



 lepas tension betul!!!!




 huh...kenapa boleh jadi camni??
 uuurrrrgghhhhhh.......





Akhlak mulia ini terkadang diabaikan oleh manusia ketika amarah telah menguasai diri mereka, sehingga tindakannya pun berdampak negatif bagi dirinya ataupun orang lain.
Padahal rasulullah sudah mengingatkan dari sifat marah yang tidak pada tempatnya, sebagaimana beliau bersabda kepada seorang sahabat yang meminta nasehat : “ Janganlah kamu marah.” Dan beliau mengulanginya berkali-kali dengan bersabda : “Janganlah kamu marah”. (HR. Bukhari). dari hadits ini diambil faedah bahwa marah adalah pintu kejelekan, yang penuh dengan kesalahan dan kejahatan, sehingga rasulullah mewasiatkan kepada sahabatnya itu agar tidak marah.
Tidak berarti manusia dilarang marah secara mutlak. Namun marah yang dilarang adalah marah yang disebabkan oleh hawa nafsu yang memancing pelakunya bersikap melampaui batas dalam berbicara, mencela, mencerca, dan menyakiti saudaranya dengan kata-kata yang tidak terpuji, yang mana sikap ini menjauhkannya dati kelemahlembutan.
Didalam hadits yang shahih Rasulullah shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda : “Bukanlah dikatakan seorang yang kuat itu dengan bergulat, akan tetapi orang yang kuat dalam menahan dirinya dari marah”. (Muttafaqqun’alahi).
Ulama telah menjelaskan berbagai cara menyembuhkan penyakit marah yang tercelah yang ada pada seorang hamba, yaitu :
  • Berdoa kepada Allah, yang membimbing dan menunjuki hamba-hambaNya ke jalan yang lurus dan menghilangkan sifat-sifat jelek dan hina dari diri manusia. Allah ta’alah berfirman: “Berdoalah kalian kepadaku niscaya akan aku kabulkan.” (Ghafir: 60)
  • Terus-menerus berdzikir pada Allah seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertahlil, dan istigfar, karena Allah telah menjelaskan bahwa hati manusia akan tenang dan tenteram dengan mengingat Allah. Allah berfirman : “Ingatlah dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” ( Ar-Ra’d : 28).
  • Mengingat nash-nash yang menganjurkan untuk menahan marah dan balasan bagi orang-orang yang mampu manahan amarahnya sebagaimana sabda nabi shalallahu ‘alaihi wasallam : “ Barangsiapa yang menahan amarahnya sedangkan ia sanggup untuk melampiaskannya, (kelak di hari kiamat) Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluq-Nya hingga menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari surga, dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemaunnya “ (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani, lihat shahihul jami’ No. 6398).
  • Merubah posisi ketika marah, seperti jika ia marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk, dan jikalau ia sedang duduk maka hendaklah ia berbaring, sebagaimana sabda rasulullah shalallahu alaihi wa sallam : “ Apabila salah seorang diantara kalian marah sedangkan ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kalau telah reda/hilang marahnya (maka cukup dengan duduk saja), dan jika belum hendaklah ia berbaring.” (Al-Misykat 5114).
  • Berlindung dari setan dan menghindar dari sebab-sebab yang akan membangkitkan kemarahannya.


 akhiri dengan senyuman,