::Pages::

Showing posts with label Tazkirah hati. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah hati. Show all posts

06 August 2011

Ramadhan Ini . .



Bismillahirrahmanirrahim ..

          نويت صوم غد عن اداء فرض شهر رمضان هذه سنة لله تعالى          
  

                        Tazkirah Ramadhan

Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.”

Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?”

Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”

Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”
Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”
Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”

Iblis bertanya:”Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”

Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?”

Firman Allah : “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”

Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?”

Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”

Iblis bertanya:”Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?”

Firman Allah : “Perangkap bagimu ialah wanita.”

Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?”

Firman Allah : “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”

Sabda Rasulullah saw : ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. 
Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.”
(Hadis Riwayat Muslim)

 RAMADHAN KAREEM 



JOm dengar nasyid arab nih dulu ..






20 June 2011

Cemburunya Al-Quran

Salam Alaik , sahabat-sahabat sekalian .
Satu perkongsian yang Ana sewaktu kelas Hifz Quran berjalan pagi tadi .
Sungguh Ana tertarik dengan pertuturan yang terpacul dari mulut seorang Ustaz yang Ana segani lagi dihormati .Namanya , Ustaz Tarahim .

Menurut kata-kata Ulama' :
"Sehari kamu tinggalkan Al-Quran , Seminggu Al-Quran meninggalkanmu ,
seminggu kamu tinggalkan Al-Quran , sebulan Al-Quran meninggalkanmu ,
sebulan kamu tinggalkan Al-Quran ,Setahun Al-Quran meninggalkanmu ,
maka , jika setahun kamu meninggalkan Al-Quran , selama-lamanya Dia akan melupakanmu ."


Na'uzubillah . . .

Sama-sama kita renungkan .. Sudahkah kamu membaca Al-Quran hari ini ? Muhasabah diri .
Mungkin Kita tidak menyedari Al-Quran sebenarnya sangat mencemburui kita .

Bak kata Ustaz Tarahim , bila pasangan kapel mengajuk , pujuk sekejap je dah ok ..
tapi kalau Al-Quran mengajuk dengan kita ? Mahu kita pujuknya kembali ?
Dan jikalau dipujuk sekali pun , apakah Dia akan kembali kepada kita ?

Dekatkan dirimu dengan Al-Quran , nescaya Al-Quran akan dekat denganmu .


6_9 : Pelapis Warisatul Anbiyaa'
-Amirah Shaja'ah-

























14 June 2011

Perjalanan masuk bakul angkat sendiri

Aku berjalan dan terus berjalan .. dan terus berjalan ..

Ketika itu aku berjalan dalam keadaan yang sungguh bahagia . Dikelilingi sahabat-sahabat tersayang diiringi gelak ketawa.

Aku lupa akan segala masalah yang terjadi dan yang bakal terjadi secara diam-diam tanpa sedar.


Tiba-tiba, kakiku tersadung .. 
Ouch !! sakitnya.....


Tersedar dari lamunan fantasi.

Rupa-rupanya cabaran semakin hari semakin menghampiri aku .
Dengan itu , aku perlu bersedia . Bersedia dengan apa jua kemungkinan .

Apabila aku telah memasuki bakul yang dipenuhi dengan timbunan barang , aku perlu berusaha untuk bangun dan mengangkat bakul itu dengan mengerah seluruh tenagaku .

Sakit . Memang terasa . Agak mustahil bagi akal logikku sendiri .Namun perlu aku tepis keraguanku itu kerana tiada yang mustahil dengan berpegang padaNYA ...

Dari situ , Aku akan mengubah pemikiran berat masyarakat bahawa tiada apa yang mustahil untuk mengecap kejayaan yang hakiki dengan bantuan IMAN yang terserap di dada .

Tiada apa yang mustahil bagi Allah ...


26 April 2011

Ubah Mentaliti secara Totaliti

 Hari ini..sudah banyak iklan-iklan yang diwar-warkan di kaca televisyen supaya bertukarlah kepada produk yang lebih baik dan berkesan serta yang disyorkan atau yang diiktiraf oleh Government atau mana-mana badan yang boleh dipercayai..

Mengharap kepada keberhasilan..sememangnya sifat manusia.


"Bertukarlah kepada Colgate total, Pantene total....total n total..."


huish..banyak betul iklan-iklan macam ni..promote punya pasal..


Ya,masing-masing ingin berubah,

merubah daripada kburukan kepada kebaikan,
merubah daripada kecelaan kepada kemulusan,

Namun, saya tercari-cari, mereka hanya mem'promote' stok sebanyak ini sahaja kah?

Kerana saya masih berasa tidak cukup sekadar itu..Namun bukan lah bermakna saya tamak.Sekadar mahukan yang  produk yang terbaik untuk HATI yang rosak, kusam dan kering.

Apakah ada di pasaran?


*************************************************




Perubahan Seimbang & Total

Apabila bercakap tentang manusia, ia haruslah menjurus pada fahaman manusia secara total, bukan yang menumpu pada sudut tertentu sahaja. Hal ini melibatkan, antara lain, sudut intelek atau akal, rohani, emosi dan fizikal manusia. Ia juga meliputi domain kemahiran (skills), nilai (values) dan akhlaq mulia atau adab (behaviours).

Hal ini adalah kerana Islam bukan hanya agama ilmu, tapi juga akhlaq yang mulia; bukan hanya agama iman dan kerohanian, tapi juga menganjurkan intelektualisme yang tinggi; dan bukan hanya memberi nilai tinggi pada ibadat khusus, tapi sumbangan konkrit untuk alam sejagat seperti kemajuan sains, teknologi dan seni.

Ertinya perubahan yang hendak dicetus juga mestilah seimbang bagi melahirkan manusia yang seimbang juga. Perubahan pada manusia tidak boleh ditumpukan hanya pada aspek ilmu sahaja.


Lebih dangkal lagi, jika ia tertumpu pada ilmu-ilmu duniawi semata-mata. Mereka yang condong pada perubahan kerohanian atau aspek keagamaan seseorang juga perlulah faham bahawa penanaman iman dan akidah yang betul dan kemantapan ilmu agama bukan jaminan seorang Muslim dapat memainkan peranan yang berkesan sebagai khalifah Tuhan untuk memakmurkan bumi dan bermanfaat pada manusia.

Peranan khalifah sedemikian memerlukan pelbagai kemahiran dan ilmu-ilmu yang menjangkau bidang keagamaan. Jika iman dan kedalaman ilmu agama sahaja memadai, sudah pastilah universiti-universiti Islam lebih unggul dari universiti-universiti lain pada hari ini.


Seperti di Ktd, Kolej Terbaik Dunia...( promote sat )



BraveMujahedaa

12:13 PM
26/4/2011

07 April 2011

Aku telah di khitbah dengan maut...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.   Aku hanya seorang gadis. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.   Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.   Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat ku memakai cincin di kedua tangan di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. 

 Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" 

 Aku menjawab tenang..     "Warna putih, bersih..."

 "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

 "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."   Ibu angguk perlahan.

  Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.  

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"   Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga..

"Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."   Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. "Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"   Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan dia yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

 "Bila awak menikah?"   Aku tiada jawapan khusus.

 "Insya Allah, tiba waktunya nanti awak akan tahu..."     Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

 "Jemput saya tau!"     Anis tersenyum megah.

"Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!"     Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."   Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu... "Usah berlebihan ya..."   Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

 "Jom makan!"   Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Sila-sila, saya puasa."   Sahabiah juga semakin galak mengusik. "Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"  "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."   Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.   ....................................... "innalillahi wainna ilaihi rajiun..."  "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."  "Ya Allah, tenangnya..."  "Moga Allah memberkatinya...." Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.   Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. 

 Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.   Dalam sedar tidak sedar...   Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..." 

 Akhirnya, Anis bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Adani bertunang dengan siapa, mak cik?"   Ibu tenang menjawab...   "Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." "Allahuakbar..."     Terduduk Anis mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

 "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."   Ibu angguk, tersenyum lembut...   "Ini nak, bukunya."     Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. "Ya Allah, patut la dia selalu menangis.. Anis tak tahu mak cik." "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." Anis masih kaku. Tiada suara yang terlontar.   ************************************   "Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta."  

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

** ~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~